Hai rakan-rakan semua. Ketika tiada kesempatan mengadap anak membesar di depan mata. Dikala dia ada di bangunya pagi bersamanya anak ada besarnya hati, gembiranya. Bila bangun pagi tanpanya terasa sunyi dan sayup. Tiada pulak dapat tengok dia bersiap untuk kesekolah dan mandikannya dan sikat rambutnya.

Ada seketika si papa bawak balik sikat rambut hanya bernilai RM2.10 untuk saya guna, Si anak hendak kannya untuk dia pakai setiap hari dan sehingga dia hendak membawaknya ke sekolah. Bila balik dia akan bergaya dengan meyikat rambut sehingga si anak mengunakan pomade si papa tiada kata lagi rasa nak marah si anak.

Bila kita rasa jauh itu indah tapi tiada keindahan yang di beri si anak sentiasa dan setiap waktu. Telatah dan kehendaknya kadang tidak dapat nak tunaikan tapi dapat bagi masa dan ruang dengannya belawan pedang, berwarna dan beriadah bersama sudah cukup bagi si papa untuk seketika sahaja. Sedangkan hati hendak beri perhatian lebih dan sempurna akan tetapi tiada yang boleh sempurna apa yang si papa perlukan si anak berjayalah.

Hari persekolahannya akan sentiasa disebut “Nanti papa ambil fawwaz kul 1 lepas tidur” akan tetapi masa tidak dapat memberi waktu itu. Jika tidak si anak akan merajuk akan sebut bila dia balik petang. Seketika dahulu masa bawak Grab ada masa untuk ambilnya dari sekolah dan sambung balik bawak Grab. Mungkin masa hendak megajar kita untuk pandai memberi masa dengan cara lain. Jangan bagi si anak merajuk.

Hai anak jadilah yang lebih baik, mulalah langkah mu bila kamu sudah pandai bedikari. Si anak mula mandi sendiri, gosok gigi sendiri, hendak makan biskut ambilah sendiri. Kadang-kadang teringat bila si anak minta roti bakar dengan gula makan bersama. Akan kini tidak dapat melakunya.

Papa harap anak papa berjaya ye. Ubahlah hidup mu bila dewasa. Jadilah seorang yang kamu idamkan. Citanya tidak akan di aturkan. Kami hanya mencari jalan agar dia berjaya sahaja.
Muhammad Zulfawwaz Imran Maafkan papa berada jauh tidak lagi sempurna memberi perhatian pada Fawwaz Imran. Bila teringat bila ada dengan dia di ruang tamu berdua dia akan duduk teman, mama sudah lena tidur dia akan masuk sendiri pakai pampers sendiri dan tidurlah tanpa papanya hantar ke bilik.

Anak papa nilah yang paling cerdik dan bijak bila berkata dan mula bedikari sendiri uruskan diri untuk bersiap kemana sahaja. Gayanya dan gayanya membuat saya teringat kepada arwah ayah saya (Sidek bin Ibrahim) Al-fatiha. Makanan, minuman dan minatnya sama sahaja dengan arwah atuknya dialah pengubat rindu. Dulu bila ayah sakit kadang saya di depan TV ayah duduk di bilik baring tidak mahu tengok TV. Kali ini si anak meneman si papa sanggup tunggu papa tengok TV nak di ajak tidur sekali.

Tidak tahu kenapa saya nak kisahkan anak saya. Jikalah kisah kehidupan saya yang akhir bia kisah ini di tatap Fawwaz Imran. Papa sayang anak papa. Jagalah Mama dan mak nek ye. Jadilah seorang isan yang soleh dan beriman dan memberi mamfaat untuk seluruh umat dan cintai Allah. Jadilah pemimpin yang sempurna buktikan boleh berjaya dengan minta dan cita-cita mu hai anak. Ingat Allah, mama dan mak nek ada disisi mu.

Maafkan papa yang berada jauh dengan Fawwaz Imran. Papa sentiasa doakan keberadaan Fawwaz Imran dan semua selamat. Doakan papa sihat dan baik-baik sahaja.