
Dalam hidup tiada siapa boleh jual beli. Ingatlah hidup hanya sekadar persinggahan sahaja kita perlu teruskan dengan mengamalkan amalan dan bertoleransi sesama sendiri. Usalah kita menuding jari pada yang lain cermikan diri dulu sebelum menyatakannya. Pribadi hidup ini harus di ketepikan dari kerjaya bukan digunakan untuk kepentingan diri sahaja.
Langkah kita masih panjang untuk kita mengorak langkah. Teruskan, majukan dengan nilai murni dan suci. Manusia (rakyat) perlukan kehidupan yang tenang dan sihat tidak perlu kita merosakkan dengan kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghargai yang memberi. Hidup kita dicipta dan diaturkan maha pencipta kita yang perlu mengaturnya agar tidak tersasar jauh dari kehidupan.
Dunia yang diberi pinjam ini masih ada yang tidak menyedar dirinya hanya pinjaman dari-Nya bukan itu sahaja mereka rakus cuba membentuk kepentingan diri tetapi rakus untuk menutup dosa-dosa yang dilakukannya walaupun sedar atau tidak sedar.
Kita tidak boleh ‘reset’ semula apa yang kita lakukan hanya boleh berdoa agar diberi pintu kebaikan untuk semua. Kita bukan musuh yang dicari tapi musuh yang mencari kesalahan atau membuat kesalahan. Tolonglah jangan kita abaikan masalah yang terjadi betulkan bukan ‘reset’.
Tertepuk dahi bila ada sekumpulan hendak ‘reset’ negara semula ibarat mereka tahu sahaja masa depan mereka cerah atau gelap. Ketentuan hanya Tuhan sahaja tahu qadak dan qadar kehidupan siapalah mereka yang boleh menilaikan sendiri.
Sudahlah yang cuba menutup lubang yang sudah digali kerana itulah tempat kamu bila tiba ajalnya menjemput.
Ketua-ketua yang terasa dirinya bersalah haruslah renungkan sejenak kehidupan anda siapa lebih berkuasa dan siapa yang lebih kuat. Tiada siapa yang boleh melawan takdir apabila kita yang cipta kerakusan hidup sendiri. Undurlah dan rehatlah, tunggu masa anda tiba bersama para-para solehin dan solehah jika dari sekarang anda tidak mengerti dan takut dengan bayangan anda cipta sendiri akan merosakkan dunia.
Wahai ketua-ketua negara Malaysia yang cuba mencetus perbalahan sesama sendiri kenalah ingat anda adalah sesama Islam, bukan Islam dan kafir. Kita sebagai umat Rasul maka dengan pasti kita wajib mengikuti petunjuk rasul yang sudah dijelaskan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah. Allah swt, berfirman dalam al-Qur’an:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا…
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” (Ali-Imran Ayat 103).
Dalam memahami al-Qur’an kita bisa saja berbeda tafsirnya akan tetapi jangan sampai bercerai berai sebagaimana kaum yahudi dan nasrani. Disamping juga permasalahan politik sekarang yang lagi hangatnya dibahas. Apabila perbedaan itu tetap ada maka kembalikan kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi.
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ…
“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”…(Ali-Imran Ayat 105).
“Dasar dalam pentabiran Negara telah banyak rosak? Benarkah itu terjadi oh tidak kita kena memperbetulkan bukan kita ‘reset’ ehmm..”
Mereka yang rasa Negara sudah rosak silalah balik kejalan yang benar dah sahih bukanlah balik kepada masa yang tidak boleh dipinda. Kita bukan hendak rampas kuasa atau takhta kita hanya perlukan jiwa manusia tetang dan bebas dari pekara yang banyak belenggu di pikiran mereka bukan membeban kan mereka.
Wahai sahabat dan warganegara semua bukan kita memilih parti mana yang menang tapi kita pilih parti mana yang boleh membimbing negara dan tidak jahil. Kita bergaduh sesama Islam sudah sah kita jahil. Kita hendak kesejahteraan rakyat terjamin dan kemakmuran hidup terbela.
Anda semua sudah pandai menilai sendiri mana yang baik dan buruk janganlah kita bersekongkol dengan yang jahil. Memilih adalah tanggungjawab yang mesti, demi masa depan kita sendiri. Negara kita adalah negara yang agama utama adalah Islam dengan itu rakyat kena memilih yang betul dan teratur. Negara kita dikira berbilang bangsa dan kaum kita tidaklah perlu mengetepikan mereka untuk bersama mentabirkan negara kita ini hanya kita menilai mana baik dan buruk. Semua agama ada berpandangan dan sependapat yang sama bahawa kejahatan merosakan diri.
Akhir kata kita bukan kita dan dia bukan kita yang boleh menentukan kan kita. Hanya yang Satu sahaja boleh menentukan kita siapa dan mengapa.