Syukur keatas Illahi memberi satu rezeki pada tahun 2024. Terima kasih kepada anak buah saya yang telah berusaha untuk menjualkan tanah dan rumah pusaka yang saya telah duduk 28tahun sejak saya dilahirkan. Banyak kenangan saya di rumah lama (Kempas Villa Kesyukuran) bersama arwah ayah dan kakak.
Tahun 2025 telah tiba dan mula berlalu Alhamdulillah saya ada rumah sendiri walaupun beli kongsi dengan mak saya bebas hutang. Moga segalanya di permudahkan urusan kami semua. Terima kasih kepada isteri tercinta banyak juga membantu menghiaskan rumah walaubagaimanapun tidak semengah yang di inginkan.

Tahniah anak ku dapat bilik sendiri. Wooow gembiranya dia tidur sendiri. Dulu masa saya kecil pun dapat bilik sendiri. Walaupun kami kecil tapi alhamdulillah kami rasa bahagia. Maaf jika masa yang ada hanya seketika untuk ku bernafas bersama semua sahabat dan keluarga.
ku tidak tahu untuk perluang apa yang ada untukku semaikan dalam perjalanan ku. Bukan mudah untuk ada kehidupan sendiri di rumah sendiri ini. Kadangkala segan saya nak menyatakan yang saya telah beli rumah sendiri “Pasti mereka tanya bayar bulanan berapa” sedangkan rumah itu tiada hutang lagi. Allah sahaja yang tahu disebabkan-Nya yang memberi.

Terima kasih anak buah Izzul Iman dan fizi kerana menjalan kan proses pembelian rumah ini. Kepada pemilik rumah En. Azman yang telah jual kepada kami. Kami bersyukur apa yang ada telah di berikan kepada kami.
walaupun ayat-ayat saya di atas merapu saya tetap nak kongsikan serba sedikit yang saya dapat. Maaf jika ada salah silap dan kata saya kepada semua.
