Allhamdulillah ada rumah sendiri.

Syukur keatas Illahi memberi satu rezeki pada tahun 2024. Terima kasih kepada anak buah saya yang telah berusaha untuk menjualkan tanah dan rumah pusaka yang saya telah duduk 28tahun sejak saya dilahirkan. Banyak kenangan saya di rumah lama (Kempas Villa Kesyukuran) bersama arwah ayah dan kakak. Tahun 2025 telah tiba dan mula berlalu Alhamdulillah saya ada rumah sendiri walaupun beli kongsi dengan mak saya bebas hutang. Moga segalanya di permudahkan urusan kami semua. Terima kasih kepada isteri tercinta banyak juga membantu menghiaskan rumah walaubagaimanapun tidak semengah yang di inginkan. Tahniah anak ku dapat bilik sendiri. Wooow gembiranya dia tidur sendiri. Dulu masa saya kecil pun dapat bilik sendiri. Walaupun kami kecil tapi alhamdulillah kami rasa bahagia. Maaf jika masa yang ada hanya seketika untuk ku bernafas bersama semua sahabat dan keluarga. ku tidak tahu untuk perluang apa yang ada untukku semaikan dalam perjalanan ku. Bukan mudah untuk ada kehidupan sendiri di rumah sendiri ini. Kadangkala segan saya nak menyatakan yang saya telah beli rumah sendiri “Pasti mereka tanya bayar bulanan berapa” sedangkan rumah itu tiada hutang lagi. Allah sahaja yang tahu disebabkan-Nya yang memberi. Terima kasih anak buah Izzul Iman dan fizi kerana menjalan kan proses pembelian rumah ini. Kepada pemilik rumah En. Azman yang telah jual kepada kami. Kami bersyukur apa yang ada telah di berikan kepada kami. walaupun ayat-ayat saya di atas merapu saya tetap nak kongsikan serba sedikit yang saya dapat. Maaf jika ada salah silap dan kata saya kepada semua.
SIAPA SAYA

Bermula dari pertengahan 2004 revolusi zulfaqar sidek. Jun 2004 titik bermula kerjaya dalam bidang yang diminati di sebuah kawasan yang terpencir iaitu kolej komuniti segamat dalam bidang Multimedia Kreatif (animasi). Ala… apalah sangat itu masih tidak menarik ada lagi menarik jom saya cerita pengalaman demi pengalamat bersama rakan di KKSG banyak ilmu saya belajar tetang seni. Seni ini banyak cabang yang boleh kita pelajari. saya mula mengenali grafik dari awal mula prektikal di sebuah syarikat swasta (PGI Cipta Sdn. Bhd.). Tapi ilmu seni bukan sekadar pereka grafik yang perlu di nyatakan atau di luahkan. Saya teruskan kerja dengan bersama rakan kerja Persona Galery di Angsana mempelajari bidang percetakan dan di terusakan bersama boss UO saya mr. uoi, Wini, Hawa dan tidak lupa pembantu saya Mr. Munir yang terbaik bekerjasma. Demi untuk menimba ilmu saya teruskan lagi di politeknik JB bidang Grafik yang di minati. Satu tahun setengah banyak ilmu dan bersama rakan yang lebih kreatif dan baik berkongsi ilmu terutama Wawa, Wan, Nurul, Azam, Syed Alwi (wah hebat dia sekarang dekat Lascopaq) dan rakan rumah sewa saya Zan dengan Ooi. Pensyarah yang ada pun banyak bagi semangat dan ilmu. Perjalanan paling besar adalah alam pekerjaan yang paling mencabar. Rakan di UMall banyak bagi ilmu dalam pekerjaan. En. Nazlin adalah bos dan rakan yang banyak bagi ilmu sewatu di BCB Berhad. Bidang saya ini bukan sekadar grafik boleh di ceburi banyak benda boleh di lakukan. Ahirnya dapat laku kan bersama. Tidak lupa pada Bos Rashid, Yana, Sharizal (Chargeman UMall) dan rakan-rakan lain Bertukae-tukar tempat kerja tidak salah kerana ilmu itu lebih banyak. Percetakan dan seni tidak boleh di pisahkan. Art Usaha Dagang lah mengajar bidang cetak. Bos En. Ramlee, En. Samsul dan En. Yazid lah bos yang prihatin dan banyak sumbang ilmu percetakan tidak dilupakan Kak Zila, Kak Siti, Kak Bad, Fikri, Fairuz, Izhar, Kak Nani, Merool, Arwah Boy dan Rizal. Bila libatkan diri dalam politik tidak boleh kita nafikan ia satu lagi ilmu yang boleh bantu kita berjaya juga. Saya pernah bersama Team Wacana dan Jabatan Penerangan Bersatu Malaysia di bawah pengendalinya Datu Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Hishamuddin Abd Karim boss yang bagus dalam dunia politik tidak dilupa rakan wacana dan penerangan iaitu En. Fendi, Fairuz, Zaki, Taufiq, En, Amir, Zaki 2, Saifullah, bro Supian, Kak Ani dan lain lagi dalam Bersatu. Disini ilmu Media masa dan dunia politik banyak saya belajar untuk di kongsi. Titi perjalanan dunia kreatif masih lagi panjang untuk di gapai impian. Terima kasih kepada sahabat dari mula nya dan minat bidang ini sejak dari alam sekolah lagi terutama sahabat Kolej Komuniti Segamat, Politeknik JB, rakan sekerja praktikal dan rakan politik (Bersatu & PN).